BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 3 Julai 2010

The RIGHTS Berhad (The RIGHTS) telah diperbadankan pada 25 Jun 2003 (Nombor Pendaftaran: 853339 - X) dan dibenarkan untuk memulakan perniagaan pada 30 Mac 2004. Syarikat awam ini adalah milik penuh Bumiputera.

Objektif utama penubuhan syarikat awam untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti pembangunan ekonomi orang Islam/Bumiputera di Malaysia. Selain itu adalah untuk menyatukan usahawan Islam/Bumiputera serta memainkan peranan penting dalam mewujudkan jaringan yang lebih besar.

The RIGHTS juga memfokuskan kepada program-program pembangunan usahawan dan mewujudkan rantaian nilai pada skala yang lebih besar.


The RIGHTS telah memperkenalkan projek pembangunan usahawan secara bersepadu di bawah Projek GEGAR EKONOMI MELAYU (GENOME X). Projek ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Musa Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 17 Januari 2008 bertempat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
Hasil daripada projek tersebut, sehingga kini The RIGHTS telah mewujudkan lebih daripada 500 usahawan dari seluruh Negara dan akan diteruskan sehingga mencapai sasaran 1,500 usahawan bagi tahun ini.

The RIGHTS juga telah berjaya untuk mewujudkan beberapa buah syarikat awam (konsortium) bagi mengurus dan penyertaan dalam projek-projek berskala sedarhana dan besar

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai The Rights, sila lawati www.rights.com.my

0 ulasan: